En. Norman ingin tahu berapa banyak bola ada dalam stor sukan.
Dalam stor sukan ada 5 bakul penuh dengan 4 biji bola setiap satu.
Berapa jumlah bola ada dalam stor sukan?
Emak Salwa beli 5 kotak penuh dengan kek.
Dalam setiap satu kotak ada satu buah kek.
Berapa buah kek yang mak Salwa beli?
Pak Abu ada satu dusun durian. Sekarang ini ialah musim buah.
Pak Abu ada 5 buah bakul. Beliau boleh letak 10 biji durian dalam
setiap satu. Berapa biji durian boleh Pak Abu simpan?
Puan Shaza ada 3 timbun buku atas meja beliau.
Setiap timbunan ada 7 buah buku.
Berapa banyak buku ada atas meja Puan Shaza?
Untuk satu pertandingan bola sepak, En. Bruce Lee perlu pisahkan
pelajar dalam kelas beliau kepada dua kumpulan. Dalam satu kumpulan ada 9 orang pelajar.
Berapa ramai pelajar ada dalam kelas En. Bruce Lee?
Kedai komputer Steve.Co ada 12 kotak iPad yang terbaru terletak
dalam stor mereka. Dalam setiap kotak ada 12 buah iPad.
Berapa iPad yang ingin mereka jual?
Encik Bala ialah seorang posmen. Dia perlu menghantar surat kepada 5
buah rumah. Untuk setiap rumah tersebut, ada 6 keping surat. Berapa
keping surat yang Encik bala perlu hantar?
Dalam satu paket biskut, ada 2 keping biskut yang amat enak.
Saya telah membeli 10 paket biskut. Berapa biskut yang saya ada?
Shin Yen ingin menghantar kad Tahun Baru Cina kepada saudara-mara beliau.
Beliau ingin beli paket dari kedai yang mengandungi 7 keping kad dalam setiap paket.
Dia membeli 6 paket tersebut. Berapa ramai saudara yang Shin Yen ada?
Hana ingin memetik bunga untuk ibu beliau yang tidak sihat.
Di luar rumah beliau ada 4 pokok bunga yang ditanam ayah beliau.
Dia ingin memetik 6 tangkai bunga dari setiap pokok untuk diberi kepada
ibu beliau. Berapa tangkai bunga yang Hana akan petik?