Sunday, 4 November 2012

ULASAN PROJEK

Memberi ulasan mengenai tahap projek dari segi tahap kesukaran, kerjasama, masa dan lain-lain.

Tahap Kesukaran :
Sederhana.Tahap yang diberikan agak memberi cabaran untuk dilaksanakan.

Kerjasama:
Sederhana.Kerjasama yang diberikan memberangsangkan.

Masa:
Sederhana.Masa yang diperuntukkan agak singkat.Memerlukan lebih banyak masa untuk berbincang dan merencanakan sesuatu dengan lebih teliti.

Lain-lain:
Tajuk yang diberi agak menarik untuk diprogramkan.Memerlukan tahap pemahaman yang tinggi untuk dilaksanakan.




CONCEPT MAP















MODUL SETIAP PROGRAM







MODUL 1 : TAMBAH BERULANG







MODUL 2 : OPERASI DARAB





MODUL 3 : SIFIR




GAME


MARKAH KESELURUHAN


TAMAT



CONTOH SOALAN KUIZ

En. Norman ingin tahu berapa banyak bola ada dalam stor sukan.
Dalam stor sukan ada 5 bakul penuh dengan 4 biji bola setiap satu.
Berapa jumlah bola ada dalam stor sukan?

Emak Salwa beli 5 kotak penuh dengan kek.
Dalam setiap satu kotak ada satu buah kek.
Berapa buah kek yang mak Salwa beli?

Pak Abu ada satu dusun durian. Sekarang ini ialah musim buah.
Pak Abu ada 5 buah bakul. Beliau boleh letak 10 biji durian dalam
setiap satu. Berapa biji durian boleh Pak Abu simpan?

Puan Shaza ada 3 timbun buku atas meja beliau.
Setiap timbunan ada 7 buah buku.
Berapa banyak buku ada atas meja Puan Shaza?

Untuk satu pertandingan bola sepak, En. Bruce Lee perlu pisahkan
pelajar dalam kelas beliau kepada dua kumpulan. Dalam satu kumpulan ada 9 orang pelajar.
Berapa ramai pelajar ada dalam kelas En. Bruce Lee?

Kedai komputer Steve.Co ada 12 kotak iPad yang terbaru terletak
dalam stor mereka. Dalam setiap kotak ada 12 buah iPad.
Berapa iPad yang ingin mereka jual?

Encik Bala ialah seorang posmen. Dia perlu menghantar surat kepada 5
buah rumah. Untuk setiap rumah tersebut, ada 6 keping surat. Berapa
keping surat yang Encik bala perlu hantar?

Dalam satu paket biskut, ada 2 keping biskut yang amat enak.
Saya telah membeli 10 paket biskut. Berapa biskut yang saya ada?

Shin Yen ingin menghantar kad Tahun Baru Cina kepada saudara-mara beliau.
Beliau ingin beli paket dari kedai yang mengandungi 7 keping kad dalam setiap paket.
Dia membeli 6 paket tersebut. Berapa ramai saudara yang Shin Yen ada?

Hana ingin memetik bunga untuk ibu beliau yang tidak sihat.
Di luar rumah beliau ada 4 pokok bunga yang ditanam ayah beliau.
Dia ingin memetik 6 tangkai bunga dari setiap pokok untuk diberi kepada
ibu beliau. Berapa tangkai bunga yang Hana akan petik?

CONTENT DALAM SETIAP MODUL


KONSEP TAMBAH BERULANG

         _ _ _       _ _ _       _ _ _
       /          \   /          \   /          \
       |O O O|  |O O O|   |O O O|
       \          /   \          /   \          /
         _ _ _       _ _ _       _ _ _


Ada 3 biji pinggan. Terdapat 2 biji donat di dalam setiap pinggan tersebut.
Berapakah jumlah epal-epal tersebut?

Mari kita bina ayat / bahasa matematik :


Ada berapa biji pinggan semuanya? ( 3 biji )
Ada berapa biji donat di dalam setiap pinggan? ( 2 biji )


Kemudian lanjutkan soal-jawap untuk memperkenalkan konsep kumpulan :

Ada berapa kumpulan donat kesemuanya? ( 3 kumpulan )
Ada berapa biji donat bagi setiap kumpulan? ( 2 biji )
Berapakah jumlah kesemua epal tersebut ? ( 6 biji )

Jadi kita boleh tulis ayat matematik darab :

    3 (Bilangan kumpulan) X 2 (Bilangan ahli setiap kumpulan) = 6 (Jumlah semua)


Jumlah objek adalah bersamaan dengan bilangan kumpulan didarabkan dengan bilangan
ahli dalam kumpulan


KONSEP OPERASI DARAB

Pita Ahmad OOOOOOOO
Pita Bakar OO
           
Rajah 2 menunjukkan panjang pita yang dipunyai oleh Ahmad dan Bakar.
Panjang pita Bakar ialah 2 cm.
Berapakah panjang pita Ahmad berbanding dengan pita Bakar? 
Jika panjang pita Ahmad ialah 4 kali panjang pita Bakar.
Ayat matematik untuk masalah di atas :
Panjang pita Ahmad = 4 kali ( panjang pita Bakar )
        = 4 kali ( 2 cm )
        = 4 X 2
        = 8 cm

UML diagram untuk kelas Student

UML????

UML stand for Unified Modeling Diagram
Ini adalah UML diagram untuk kelas student yang kami bangunkan untuk projek java dimana semua subtopik perlu menggunakan objek dan method daripada kelas ini untuk menambah dan memaparkan jumlah keseluruhan markah kuiz.




PENGENALAN KEPADA TOPIK DARAB

Sebagai permulaan untuk melaksanakan projek,kami telah menyelidik serba sikit tentang tajuk kami iaitu Operasi Darab dalam buku teks Tahun 2. Dalam operasi darab ini  kita dapat mengenal pasti tiga subtopik yang terdapat dalam operasi darab.Tiga subtopik tersebut adalah:-

  • SIFIR
  • OPERASI
  • TAMBAH BERULANG
Dalam subtopik sifir,kami menyediakan jadual sifir dari sifir 2 hingga 9.Sifir ini perlu dihafal oleh murid agar lebih cekap dan arif untuk menjawab soalan berkaitan operasi darab.



Untuk subtopik operasi darab.Murid-murid perlu mengetahui operasi dan nombor yang didarabkan.Sebagai contoh ada empat kumpulan dan setiap kumpulan memerlukan 2 biji bola.Soalanya adalah,berapa biji bolakah yang diperlukan?

                                         4 x 2 = 8

Manakala untuk tambah berulang pula murid-murid dapat melihat satu garisan nombor yang ditambah berulang.Contoh garisan nombor yang harus dipraktikkan adalah:-